Monday 10 November 2014

PART TIME MAIDS SERVICES JOHOR BAHRU



SENTIASA BUSY??

SELALU OUTSTATION??

TIADA MASA UNTUK MEMBERSIHKAN SEGALA SUDUT DAN CERUK RUMAH??
JANGAN RISAU KAMI SEDIA MEMBANTU…

Kami menyediakan Pembantu Rumah Separuh Masa yang terlatih dalam membersihkan rumah mengikut masa, keselesaan dan kemampuan kewangan anda..

TIDAK PERLU RISAU TIADA TEMPAT/BILIK UNTUK MAID

TIDAK PERLU RISAU PEMBANTU RUMAH LARI LAGI

TIDAK PERLU RISAU ATAU TIDAK SELESA DUDUK SATU RUMAH DENGAN MAID

KAMI HANTAR DAN AMBIL MAID BILA ANDA PERLUKAN.

Part Time Maids kami akan menyediakan perkhidmatan :

  1. Mengelap dan Mengemop lantai
  2. Memvacum Karpet
  3. Membersihkan habuk di Perabut, Kipas ceiling dan Tingkap
  4. Membasuh Tandas
  5. Membasuh, Melipat dan Mengosok Baju
  6. Membersihkan Dapur dan Peralatan Dapur
  7. Mengemas Katil dan Bilik Tidur
  8. Membersihkan Kebun dan Halaman Rumah


Saturday 8 November 2014

Visi

Visi utama NOMA AIDA ENTERPRISE adalah untuk memperluaskan lagi cabang perniagaan yang dijalankan. Selain itu juga, syarikat ini juga mahu memantapkan lagi reputasi pencapaian dalam memberikan perkhidmatan dan pembekalan kepada pelanggan yang lebih terjamin dan berkualiti.

Bagi memastikan visi kami tercapai, penyediaan para tenaga yang professional dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas dengan lebih produktif. 


NOMA AIDA ENTERPRISE akan terus berusaha melaksanakan tugas dengan lebih baik dan lebih cekap disamping mampu memberikan keuntungan kepada syarikat.

Misi

NOMA AIDA ENTERPRISE  berusaha mengembeleng tenaga dalam pelbagai sumber dan beriltizam untuk mencapai misi dengan:
  1. Menyediakan pelan pemasaran yang mudah difahami, senang dicapai dan memberikan pulangan yang adil serta lumayan.
  2. Menawarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
  3. Melaksanakan projek yang diamanahkan dengan cekap dan cemerlang demi memenuhi kehendak pelanggan.
  4. Mengamalkan semangat kerja berpasukan yang beramanah,profesional dan produktif.
  5. Berazam memberikan pulangan dan imbuhan yang tinggi kepada setiap kakitangan setanding atau melebihi tahap pasaran.
  6. Menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk menguruskan dan melaksanakan projek yang berkualiti. 

Objektif

Objektif  NOMA AIDA ENTERPRISE adalah untuk menjalankan perniagaan secara jujur, adil dan ikhlas supaya memperoleh hasil yang lumayan dan diberkati serta memberi kepuasan pelanggan dalam kualiti barangan dan perkhidmatan dengan bayaran yang bersesuaian disamping memastikan bahawa amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dan diselesaikan pada tahap yang terbaik serta mempunyai rancangan perniagaan yang diatur dengan baik dan berusaha menjadi sebuah perniagaan yang maju dan dikenali. Disamping itu, sentiasa mengenalpasti dan membantu meningkatkan syarikat milik bumiputra agar lebih berdaya saing dalam industri perniagaan.

Introduction

NOMA AIDA ENTERPRISE adalah sebuah syarikat bumiputera milikan tunggal yang menyediakan perkhidmatan pembersihan rumah kediaman, pejabat, bank, bangunan kerajaan dan komersial, sekolah-sekolah, kilang-kilang, pusat membeli belah dan lain-lain. Selain itu, syarikat ada menyediakan perkhidmatan Katering mengikut majlis yang ingin dijalankan.

Di samping itu juga NOMA AIDA ENTERPRISE menjalankan aktiviti perniagaan dan pembekalan pelbagai alat tulis, kertas, bahan tarpaulin/canvas, organiser, dairi, kalander, buku alamat, resit, memo, pakaian sukan, kelengkapan pakaian dan aksesori, perkakas dan peralatan domestic (termasuk barang-barang yang tidak lekat dibadan), mesin-mesin pejabat/kediaman dan aksesori, perabot dan kelengkapan, perkakas elektronik dan aksesori, perkakas elektrik dan eksesori, perkakakas dan kebersihan diri dan mandian, kelengkapan bilik air, dan aksesori, bahan pencuci dan pembersihan, tag/label tanda dan stiker, papan tanda dan aksesori, membekalkan bahan makanan/minuman mentah dan kering serta menyediakan tempahan cenderamata dan hadiah,